Monday, 22 October 2012

Kerajaan tak hargai jururawat?

Selalunya bila sebut 'ibarat lilin membakar diri', orang suka kaitkan dengan kerjaya perguruan. Menjadi guru adalah pekerjaan yang mulia dan sangat disanjung tinggi masyarakat. Tapi, itu dulu... Sekarang takhta guru2 sebagai lilin dah dilucutkan dek gara2 nila setitik rosak susu sebelanga..

Kalaulah murai diberi kuasa, murai nak mahkotakan takhta 'ibarat lilin' kepada para jururawat. Kenapa jururawat? Kenapa bukan doktor? Kenapa bukan polis? Askar? Kerani? Tukang kebun? Tukang masak? dan lain2 lagi?

Sebabnya ialah kerjaya jururawat jarang sekali disebut2 oleh masyarakat walaupun sebenarnya peranan, tanggungjawab dan risikonya amat besar. Ramai yang tak sedar kepentingan jururawat berbanding doktor. Kalau kita ke klinik atau hospital, siapakah yang akan kita temui dulu kalau bukan jururawat? Di hospital terutamanya, kalau tak kritikal, maknanya doktor takkan datang menjenguk....jururawat jugalah yang setia menemani.

Di hospital2 kerajaan, jururawat sinonim dengan "garang", "bengis", "tak berperikemanusiaan", "sombong", "mulut celupar" dan bermacam2 lagi tanggapan negatif. Mungkin ada kebenarannya, kalau tidak masakan pokok bergoyang. Tapi murai percaya keadaan sekarang dah jauh berubah. Walaupun masih ada lagi jururawat2 kerajaan yang bersikap demikian, tetapi bilangannya sudah berkurangan.

Jururawat tanpa rasa geli, malu, hina atau mual, sanggup mencuci nanah, darah, muntah, tahi dan segala kekotoran yang keluar dari badan pesakit. Bayangkanlah kalau kita "orang biasa" yang disuruh buat begitu...sanggup ke?

Jururawat terpaksa berkorban masa bekerja shift yang tak tentu siang dan malam. Terpaksa berkorban tinggalkan anak2 dan suami sehinggakan ada yang dimadukan tanpa disedari gara2 kerana tugas tak menentu suami main kayu tiga!

Jururawat terpaksa mengambil risiko dijangkiti penyakit, terpaksa mengharung wabak tatkala orang lain sibuk berjaga2. Kesan sampingan bukan sahaja kepada diri sendiri tapi juga tanpa disedari diwarisi oleh anak2 akibat dari pendedahan kepada ubat2an, bahan2 kimia, najis, bakteria dan segala macam benda!

Cukuplah setakat itu murai nak beri alasan kenapa mahkota itu patut murai lucutkan daripada para guru yang hidup senang lenang tapi masih tak mengenang jasa sedangkan ada yang lebih layak patut mengunggulinya! Kerajaan patut sedar...cukup2lah menyuap guru2 dengan berguni2 gula, menatang bagai minyak yang penuh. Hargailah para jururawat kita dan berilah mereka ganjaran yang selayaknya! 

   

81 comments:

  1. Tugas adalah amanah,buat lah dgn ikhlas.x perlu pujian , xperlu sanjungan. Allah akan beri ganjaran. kalau bukan dgn wang ringgit, mungkin kita dkurniakan anak yg soleh, pandai dan cerdik serta mendengar kata. Keluarga bahagia dan sbgnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab jururawat ikhlas la ramai x tahu pasal jururawat ni. Mana ada liputan sgt pasal kerjaya jururawat ni. Bila tiba Hari Jururawat pun xde iklan kat TV tp kl Hari Guru, awal2 da byk liputan kat TV. Mak bapak dok sibuk cari hadiah untuk anak2 bg kat cikgu. Hari Setiausaha, bos2 dok sponsor majlis2 kat hotel, jemput artis datang tp kami keluar budget sendiri, arranged sendiri dan sambut sendiri2 xder sponsor mana2 pun...

      Delete
  2. Maaf... cikgu pun lagi teruk..

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerana membela j.rawat.memang benar j.rawat tidak diberi perhatian langsung oleh kerajaan malah gaji mereka juga x setimpal dgn beban kerja mereka.patutlah bila habis kontrak paksa mereka lari ke luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua org kerja bert. Gaji bukan dbri bdasarkan berat tugas, tapi taraf pendidikan. Kerja buruh pun berat. Takkan gaji lebih besar dari doktor.risiko pun tinggi.

      Delete
    2. Hanya mereka berjawatan jururawat tahu ertinya.bukan kami hendak disanjungi tetapi kami ingin membuka minda semua pihak bahawa tanpa jururawat anda semua mengeluh,tanya dimana pesakit dihantar dan siapa yang menjaga mereka mengikut syif?adakah anda semua berterima kasih kepada kami?kami juga penjawat awam dan berhak untuk bersuara dan berhak untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa kerajaan jarang menghargai jasa kami kepada agama,bangsa dan negara.

      Delete
  4. wife sy nurse kerajaan...sian dgn kje die....bile blik kje je ade je ceritanye.....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah masih ada yang prihatin dengan jururawat di MALAYSIA..di negara lain jururawat setaraf dengan staff kerajaan yang lain... Sebab tu kerjaya jirurawat LARIS di seluruh dunia... Congrate to all nurses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu ramai pegi keja di Arab Saudi gaji lumayan dan dihargai....

      Delete
  6. Emmmm....pasrah jadi.jururawat ni....lagi kerja di kampuung2...sanggup meredahi segala rintangan....sangup kena hujan panas...sangup kena kejar anjing smpai patah tangan..ITU SEMUA ADA TAK MASAYARAKAT TAU DAN HARGAI KAMI???????

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya saya bangga menjadi jururawat. Walaupun ada kalanya...ada yg menggelarkan tukang cuci berak di sebabkn hari2 mencuci berak utk bapanya yg terlantar di hospital.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah masih ada yg menyedari..

    ReplyDelete
  9. ko nak publisiti ke??? mungkin ko sunyi dalam hidup ko. carilah teman....

    ReplyDelete
  10. sanggup tglkan ank @ suami @ mak ayah yg sakit di rumah utk jalankan tanggungjawab di hospital mnjaga pesakit!!!!!!!tp tu pun xprnh dihargai..walaupun dgn kata terima kasih..itu la jururawat dimata masyarakat n krjaan...sgt hina...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. .masih ada yg prihatin pd kami jururawat2 dimalaysia..kami pasrah dan redha dgn kerjaya kami sbg jururawat..mmg nasib kmi sbg jururawat mmg tidak mndapt pembelaan dr pihak kerajaan..kami berserah sahaja pd Allah krn hanya Dia yg tau dan kmi sntiasa psgkn niat sms kami bekerja itu adalah ibadah..biar x dihargai didunia ini asalkn kami diberkati diakhirat nt..In Shaa Allah

    ReplyDelete
  12. saya berbangga menjadi suami seorng jururawat... melihat beliau sabar n tabah hadapi kerja walaupun kadang2 melihat jadual kerja yg x tntu hala pg ke ptg, ptg ke pg, sekiranya nya x ckup org 2 shift sekali dilalukan...bg sya seorng jururawat nie serba boleh mcm2 kerja boleh dilakukan sekaligus.... TERIMA KASIH JURURAWAT MALAYSIA JASA DAN PENGORBANAN HANYA ALLAH DAPAT MEMBALASNYA.......
    #JGN LER KITA HINA OR PANDANG SINIS KEPADA PROFESION JURURAWAT............

    ReplyDelete
    Replies
    1. trm kasih...di atas respon yg positif...sy bangga jd jururawat wlaupun rmai yg berkata,nurse bt keje kotor..cuci berak,nanah,darah & mcm2 lg...cm kdg2 tkilan,bila tiada duit ,hosp kerajaan jgk yg dicari..bl sakit,nurse jgk yg dicari..tmbh2 kalo ahli keluarge yg xreti2 nk teman pesakit kat wad..kdg2,ank sakit di rumah,kami dtg jgk keje wlau ht ni berat,siap suami ckp lg,'amboi2,pentingkan org lain dr ank sdiri!knp tak ambik 'EL'(emergency leave) je?'

      Delete
  13. Alhamdulliah...amin untuk kebaikan yang dicurahkan tanpa meminta walau sekadar terima kasih setelah apa yang dilakukan....saya bersyukur menjadi jururawat yang dapat membantu seadanya....

    ReplyDelete
  14. Alhamdullillah, saya pun sebagai seorang Jururawat, memang pekerjaan ini mempunyai cabaran yang berat iaitu memberi rawatan kepada pesakit dan haruslah bersabar tentang itu.. bekerja dengan ikhlas itu adalah satu ibadah.. dan saya ucapkan tahniah kepada semua Jururawat kerana pengorbanan anda semua.

    ReplyDelete
  15. den nangis bc post ni,ada jugok org hargai kerjaya den.uwawawa

    ReplyDelete
  16. Cikgu pn bnyk kerja jugak. Semak hmwrk murid, kerts ujian kat rumah, bukan dbyr OT pun. Kalau kena buat kelas tmbhn tme petg, malam, tme cuti, bukan dpt gaji lebih pon. So, kalau xpernah jd ckgu, jgn nak kte keja jd ckgu seng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai lah kene buat kelas tambahan ...cuti byk kan ? so gaji yg berjalan masa cuti tu ganti la masa kelas tambahan .. tak gitu ??
      hmwk murid byk , still boleh bawak rumah kan ?? pesakit yg ramai boleh ke nak bawak balik rumah ??
      tepuk dada, tanya otak

      Delete
    2. gaji cikgu waktu cuti ujng tahun tetap jalan kan?cuti mmg lbh bnyk dr jururawat..jururawat nie cuti xtentu.mak ayah dan akak sy cikgu tp sy jururawat.mak ayah sy sndri ckp kerja ckgu lg mudah dr kerja jururawat.cuti cmformn2 ada.jururawat kerja xmenentu.raya belum tentu boleh balik beraya ngn keluarga..mana2 kerja pun ada kelebihan dan kekurangan jgk..

      Delete
    3. Aku jururawat lelaki..mak aku cikgu...memang kerja cikgu senang!tanggungjawab kita same,tapi cara kerja cikgu lebih mudah..public holiday,cuti sekolah panjang cikgu cuti gaji jalan..nurse ada cuti ke??raya pun kerja...pakai uniform kami untuk sebulan and try rasa baru guna otak untuk menilai...

      Delete
    4. Bole dikatakan cikgu makan gaji free selama 2 bulan iaitu hujung tahun..itu belum kira lagi cuti2 yg lain...kerja mengajar berapa jam je...yg bikin banyak kerja tu kerja yg ditangguh tangguh...

      Delete
  17. nak jadi nurses pun kena ade ilmu...bkan buleh jd tanpa ade ilmu....jgn cakap seolah2 nurses ni tade taraf pendidikan...

    ReplyDelete
  18. tahniah kepada semua jururawat..teruskan pengorbanan anda...semoga Allah membalas jasa baik anda..kerjalah dengan ikhlas..kerana yang memberi rezeki itu bukan kerajaan atau kementerian tapi Allah...ikhlaskan hati..in shaa Allah..Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.. -cikgu-

    ReplyDelete
  19. betol .. jd nurse ni tak semua org tau krjanya mcm mn .. risiko byk . eg, pesakit kanser.. kena bg ubat kimo . risikonya nurse pon bole dpt kimo . even tak 100%, 5 % boleh dpt.. org awam boleh ke nk jg pesakit mcm ni? tak bukan ? guru kalo anak murid tak pandai , tak da sape marah . kalo nurse, pesakit mati , mau kena jawab macam2 . paling teruk , kena saman dgn keluarga pesakit . Nampak beza tak guru dgn nurse? tapi gaji guru asyik naik . kenapa? guru cuti dapat banyak . nurse ni raya cina ke india ke raya aidilfitri ke krisma ke jangan harap dpt cuti . sebab apa? pesakit takkan mesin nak jaga kot??? doktor bukan jaga pesakit pon . just arah kuli2 nurse yg buat . kalo bab taik, anak sendiri belum tentu sanggup nak basuh hari2.. kan ?nurse jugak yg basuh tahi berak mak ayah korg. silap2 . berak kamu sendri pon nurse basuh bila patah2 tulang . homework murid byk pon , boley bawak balik rumah . pesakit berlambak takkan nak bawak balik rumah ? kalo pesakit tu patung-patung kecil senang la jugak leh bawak balik rumah .so tepuk dada tanya selera . mata kasar pon tau guru ni duk relex je . nurse ni cuti pon tak dak . so tepuk dada , tanya otak . wassalam .

    ReplyDelete
  20. **NURSE PON BOLE DAPAT KANSER . (typing error )

    ReplyDelete
  21. Sume keje sama. Yg penting NIAT.. kita rasa keje kita susah berat tak dihargai...ada lagi yg lebih susah dari kita...bersyukur kerna kita ada keje...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol 2 sy sokong 200%. Jgnlah fikir dr tu tbaik sgt..kalu Allah nk duga tba2 dia tarik balik sgala kesenangan yg korg rasa xcukup2 tu baru nak rasa bsyukur dah tlambat. Apa lg yg korg cari..x usah lah mghrp puji puja org lain sbab takut bila dah dtmpat teratas bmbg lupa diri prnah berada dbwh. Usahlah malukan kaum..

      Delete
    2. yup betol... apa2 keja pon penting sebab masing2 ada fungsi sendiri... yg penting niat kita biarlah ikhlas...

      Delete
  22. Cikgu je blk lmbt??? Nurse cukup time x tentu boleh balik, ada org nazak boleh tinggal gitu ajer?? nyawa boleh postpone?? itu belum kira baru sampai rumah belum sempat duduk,belum sempat peluk anak kena panggil keja balik sebab ada disaster.. silap2 boleh tidur kat hospital..esok sambung keja blk.. .Cikgu semua cuti raya boleh rasa...Nurse ada?? silap-silap 3 kali pusing raya pun blum tentu dpt rasa cuti ...jangankan raya sendiri deepavali pun belum tentu... pikir la weyy

    ReplyDelete
  23. cikgu klu murid x pandai pun x pe, jururawat klu pesakit mati,semua kena jawab terutama jika kes itu ibu mengandung,ibu itu dah mati di dlm keadaan aman di sana, tp kita kat sini kena mesyuarat sana sini sampai panas telinga

    ReplyDelete
  24. sbenarnya nawaitul kita yang penting..kadang tu ada yg komen itu ini le pasal kejew j.rawat ni,tpi nk tnya sbnarnya diorg tu tau ke profesion j.rawat ni?walau dia tu pmegang degre ke sarjana muda ke,bijak le cara ilmu yg d tuntut x smestinya diorg terer pasal kejew nurse..so sama2 le kita hargai org lain jgn ingat kita jew trbaik...INGAT LA smuanya drp allah n tiada yg kekal...

    ReplyDelete
  25. Wahai para2 cikgu kt luar sana tu...jgn ingat kami jururawat tak berpendidikan tinggi. Kami bkan saja keluar dgn diploma tp sekarang kebanyakkan jururawat sudah ada degree. Kami amek degree dgn menggunakan duit sendiri. Tp cikgu klu sambung belajar...just sediakan diri. Semuanya di tanggung. Kami juga adlh cikgu kpd pesakit2 kami. Pk lh wahai cikgu....jgn terlalu pandang rendah pd kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll...betullll...Betulll...Nurse sekarang suda berpendidikan degree...Dengan Uasah sendiri tau...Kerajaan tak payah keluar duit bukan mcm cikgu..cikgu...semuanya ditanggung...anak manja la katakan..heeheeheee...

      Delete
  26. Jgnla bgaduh...brsyukurla atas setiap rezeki... krn semuanya dr Yang Esa...

    ReplyDelete
  27. Kebanyakkan pesakit sy yg sering memberikan mslh adalah guru...tp guru jugaklah yg bnyk complain kami...tidak berpuas hati sdgkan kami dah bg yg terbaik....

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah masih ada yg mengenang jasa para jururawat. Kami tidak pernah mengharapkan apa2 balasan pun dari masyarakat kerana itulah kami tak se'glamour' profession yang lain. Tak ramai yg nampak kerjaya kami. Kerana kami tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal- hal semasa kerana tuntutan kerja yang memerlukan kami fokus pada tugasan. Keadaan pykt pesakit bergantung kpd kami sekiranya kami lalai buruk padahnya. Setakat kerja lebih masa mmg dah biasa, dipanggil bertugas 'urgent' pun da biasa, balik lewat malam utk yg keja di klinik kshatan pun da biasa, lbh2 lg para jururawat yg bertugas di tmpt2 yg sibuk terutama skli lembah klang tak kira bertugas di klinik kesihatan mahupun di hospital. Dgn KPI yg perlu diimplimentasikan lagi kami spt robot yg bekerja, switch on terus jalan, non stop. Bg yg x tahan resign awal atau bkerja di Arab Saudi dgn pulangan gaji yg lumayan. Kpd yg masih lg berbakti kpd negara teruskanlah sumbangan anda berbakti untuk masyarakat kita yg tak pernah merasa puas dgn servis yg kita beri. Yg menghargai, bersyukur alhamdulillah masih ada yg sayang pd kami....

    ReplyDelete
  29. Bukan tak bersyukur lah,tapi kenapa lah kita ni jururawat yang diiktiraf satu dunia,tapi gaji jururawat kat Malaysia ni sangatlah sikit berbanding negara2 luar yang sanggup bayar harga tinggi untuk dapatkan kepakaran kita??sangat sedih tapi tetap bersyukur masih mampu untuk teruskan hidup dgn selesa..

    ReplyDelete
  30. Yg dok banding kerja tu kerja ni buat apa?masing2 ada tanggungjawab dan dibayar gaji pun.buat kerja masing2.pas ni bandinglah kerja polis dgn askar,kerja doktor dgn nurse,kerja menteri dgn pok guard baru ada akai .piiiidaaahhhh!!!!

    ReplyDelete
  31. saya sebagai ketua jururawat amat berterimakasih kpd sesiapa yg prihtin terhadap kami...untuk pengetahuan semua kami belajar ambil Diplola 3 tahun ..lepas tu nk ambik degree pinjam bank rakyat...balik belum tentu dibayar gaji degree..bg yg nk dok di klinik mesti ada kebidana bhg 1 utuk juurawat kesihata ..setahun ambik [os basik..elaun tambahan hanya RM100..lepas tu di suruh oleh org ATASAN untuk ambik kejururawatan PHN..untuk incharge KLINIK..selama setahun tinggal ank suami..ada yg bercerai pun ada..tp bile habis tk de elaun pun sebab katanya elaun kidanan dah ada ..yg anehnya dua kursus tu memekan masa 2TAHUN tp elaun hanya di byr utk kursus setahun je...ADIL tak..belajar bgai nk gile..on cal di klinik hanya di bayar jika ada kes..DOKTOR ON cal dr rumah..tk de kes pun tetap dpt elaun ON call ...klau tk silap 5tahun lampau RM 500..mungkin sekarang dah naik..tp kami ape yg dpt..maki hamun DOKTOR...n patient..HARAP KERAJAAN NAJIB MEMANDANG KAMI SEBAGA JURURAWAT TG DAH AMBIL POS BASIK KEBIDANA n DAN PUBLIC HEALTH NURSE BERI LE KENAIKAN ATAU ELAUN PHN BKN SEKADar byr elaun kebinanan saje sb kami dah ada 2 kursus pos basik

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum w.b.t
    Saya adalah seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah di melaka. Saya sudah pun membaca post awak. Pendapat saya, kerjalah kerana Allah dan bukan kerana ingin mendapatkan ganjaran. Jika awak kerja secara ikhlas, in sha Allah, Allah akan permudahkan. Tahniah kerana berbakti kepada masyarakat tanpa kenal erti jemu..tetapi tidak perlu sampai mencemuh dan melibatkan profesion guru dan profesion lain. Guru juga punya maruah. Kami tidak mahu mahkota dan sebagainya, tetapi cukuplah jika murid dapat berjaya dunia dan akhirat. Perjuangkan profesion awak sebagai jururawat dengan cara/medium yang betul :)

    Hayatilah sajak Usman Awang ini

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Sekian, pendapat saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai saudara or saudari..definitely nurses also working kerana Allah dengan Nawa'itu utk mencari rezeki yg halal & menjaga pesakitnya..ISU nya KENAPA golongan CIKGU tu di AGUNG2 kan sangat..!!BELUM terdengar lagi K'jaan TEPAKSA mengambil jururawat dari luar negara kerana NURSES tak PERFORMED WELL..TAPI kerana cikgu2 di M'sia ni "NGOK" sangat (tapi gaji nk lebih)terpaksalah k'jaan byr cikgu2 Matsalleh dgn MAHAL..bukankan MEMBEBANKAN..?!!

      Delete
    2. 'ngok' indah sungguh bahasa yg dilontarkan.. tidak perlulah kita menghina perkerjaan org lain sekadar nak memuliakan pekerjaan kita... tidak akan bersih pakaian yg dicuci dengan najis...harap tiada lagi cemuhan kepada kerjaya yg lain.. tangungjawab kita melakukan yg terbaik..

      Delete
  33. Allahuakhbar....
    Amin...ada juga yg tahu menghargai penat lelah kami jururawat..
    Bukan duit harta emas permata...
    Tapi cukuplah ucapan terima kasih dari anda...

    ReplyDelete
  34. tugas jururawat memang mulia...terima kasih kepada yg sedar dan memahami, kami tidak meminta untuk diagung2kan ...kerana kami tau sekelumit gaji yg kami terima tak setimpal dngan pahala yg ALLAH janjikan

    ReplyDelete
  35. Setiap kali Hari Jururawat...sunyi sepi...
    seminggu sebelum Hari Guru..waaa..gempaknya...
    siap diumumkan berita baik lagi..kasihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe j.rawat gak ada keistimewaan Anugrah Cemerlang,alhamdulillah...pd nurse yg bkrja d labour room kita d bangkitkn dgn wajah brseri2 nt sbb apa?stiap klahiran yg d smbut dua malaikat pn turut srta brsama bayi yg lahir n siapa yg d tuju dlu mlainkn org yg mymbut klahiran...itu yg kita harapkn dr kikhlasan kita.SUBHANALLAH

      Delete
  36. TQVM..for the appreciation towards all the "Florence Nightingale"..As mention by our previous Minister of Health.."The patients still can survive without Dr.within 24hrs..BUT NOT WITHOUT NURSES"..To compare between nurses & teachers..ha..ha..nurses are more educated b'coz they MUST be SCIENCE STUDENT & well verse with Anatomy & Physiology..Majority of the nurses(especially the senior)know English better than the teacher..You see what happen nowadays..Teachers are being pampered too much..Went for degree fully sponsored by Govt..comeback immediately grade 41..but for nurses we have to pay more than RM25k for our degree..comeback still have to wait for post available (U41/42)..then apply..if we are lucky enough we get it..if not just wait for another round..but our responsibilities we be more due to extra qualification that we have (even though we paid ourselves)BUT FOR TEACHERS THEY ENJOY THE NEW SALARY SCALE IMMEDIATELY AFTER GRADUATED..WASTING PUBLIC INCOME TAX MONEY (Including mine)..KPI NOT ACHIEVE..MOST STUDENTS STILL UNABLE TO DO WELL IN ENGLISH & SCIENCE..THEY NEED HELP FROM FOREIGN TEACHERS.."MEMALUKAN"..Saya tak faham kenape K'jaan msh nk simpan cikgu2 yg "MORON" tu..kalau performance student sentiasa below target..itu maknanya cikgu tu tak reti mengajar..Whatever it is I'm NOT saying ALL the teachers BUT MAJORITY...!!

    ReplyDelete
  37. salam 1 malaysia kalau bekerja di klinik 1 malaysia pula cabaran bekerja 2 hari 12 jam, adakala terpaksa bekerja pada hari cuti kerana ketiadaan penganti, ekoran kewujudan banyak klinik,tetapi kekurangan staf.Gantian staf masa cuti sekolah,perayaan agak sukar adakala terpaksa bekerja lebih masa.Staf lain juga masing-masing ada tugas di klinik masing-masing.Ini ekoran klinik 1 malaysia dibuka setiap hari tiada waktu rehat,waktu sukar adalah waktu 12 jam 10 pagi-10 malam.Anak-anak juga mengeluh asyik bekerja kerana waktu cuti adakala kesukaran mencari penganti.Berharap ada penambahan staf.Itulah yang dinamakan pengorbanan kerjaya Jururawat.Berharap ada perubahan waktu kerja 12 jam kepada 8 jam,kerana lebih waktu kerja dari orang berkerja divided.Walaupun penat menghadapi karenah customer is always right,tetapi tersenyum pada mereka yang berterima kasih kepada kami jururawat.Terima kasih pada yang menghargai,walaupun kerjaya ini tidak menjadi pilihan pada asalnya,namun bersyukur kerjaya ini yang memberi rezki kepada keluarga..Harap kerajaan dapat membela kerjaya mulia ini.

    ReplyDelete
  38. utk cikgu2 sekalin....kiteorg x pnh mencemuh pun korang tp korang suke sgt bezakan keje korang dgn keje kiteorg.....korang jgn ingat education level kami ni takat diploma jer....nowadays dah ramai jururawat yg ader degree cuma korang je yg tak sedar...bab keje rsnyer kami lebih teruk dr keje cikgu sbb kami keje pg,ptg malam....kalau cuti plak belum tentu nk cuti sebulan dua bulan melainkan lps bersalin....selain dari tu jgn harap nk cuti lebih2....raya pun belum tentu dpt...lagi satu cikgu2 sekalian tolongla jgn nak emo sgt biler org wat artikel puji jururawat ni sbb kami ni jarang sgt org nak published pasal puji2an bagaii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus puji jururawat tapi yg tidak bagusnya cuba menghina kerjaya org lain...:))

      Delete
  39. kepada semua jururawat2 dan cikgu2 janganlah kamu membeza-beza antara satu sama lain semua itu adalah rezeki masing2,ajukanlah masalah anda semua kepada menteri kesihatan,menteri pelajaran dan perdana menteri kita biar mereka yang akan menilai segala-galanya.

    ReplyDelete
  40. saya seorang askar...saya akui jururawat ramai lebih cantik dari cikgu....auuuummmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..marah la cikgu2 sat lagi...

      Delete
    2. alhamdulillah...yang indah itu penawar segala penyakit..

      Delete
  41. syukurlah dgn apa yg diperolehi..rezeki masing2...jgnlah kita bersifat hasad dengki..kerjaya yg kita pilih bkn paksaan maka tidak usahlah kita mengeluh begitu begini.. terima kasih jururawat... terima kasih cikgu.. semua kerjaya mempunyai peranan yg tersendiri.. saling melengkapi antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah dan Terima kasih kepada Askar yg memuji jururawat cantik...memang sudah semestinya penampilan seorang jururawat mesti kelihatan cantik, kemas, bersih, berseri-seri setiap masa, kerana iyanya adalah salah satu daripada tarapi yang boleh membantu proses penyembuhan pesakit dengan cepat, cubalah bayangkan jika Jururawat tu comot dan muram, sudah tentu pesakit bertambah sakit dan lambat sembuh, kos perbelanjaan pun meningkat kerana lama terlantar di hospital. Tapi memang sangat sedih juga kerana terdapat segelintir guru-guru yang bodoh sombong, percuma berpalajaran tinggi tapi sentiasa berfikiran negitif, bila tiba di hospital nak dilayan, dirawat cepat supaya sembuh serta merta...mereka lupa segala kesakitan dan dan penyembuhan pesakit itu semua urusan Allah, para Jururawat dan Doktor itu adalah satu alat dan utusan sahaja untuk membantu...alangkah baiknya jika para guru yang mendidik anak-anak di sekolah itu juga macam itu ya! mendidik dengan cepat dan serta-merta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup agree..
      kebanyakan yg DEMANDING bila dapatkan perkhidmatan d hosp adalah dr golongan GURU !!
      mmg diakui,tanpa guru tiadalah jururawat.sbb jururawat dilatih selama 3thn(diploma)oleh tutor aka guru n tetap dibimbing oleh lecturer aka guru jgk (jika amik degre,master dll)
      TAPI xperlula nak demand n complain mcm2..as a nurse,we know our job exactly
      sama la mcm isu org awam nak ajar POLIS n ATM bekeja..so masing2 ada peranan sndiri..
      ingat..kita bekeja niat kena betul.manusia tu xsempura..sgt tidak adil bila kita asyik menyalahkan sesama sendiri sedangkan rezeki itu datangnya dr ALLAH..

      Delete
  43. Aduhai Jururawat, terima kasih atas kelembutan jari jemari kamu yang memberi rawatan yang teramat mulia, sehingga kadangkala sanggup membelakangkan kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
  44. kita tak perlu gadoh pasal 2 kerjaya ini... nurse vs guru..2 - 2 berkepentingan..cuma kadang-kadang sikap tamak, dengki atau meninggi diri membuatkan kita lupa siapa kita...lihat ini cerita...
    suatu hari... di bilik bersalin... si guru yang datang sebagai pesakit, sibuk nak gak masuk wad 1st class walau telah di terangkan bahawa katil 1st class penuh...n sanggup tunggu...kejap-kejap tanya ada tak katil 1st class... kalau datang waktu pagi boleh gak ikhtiar.. atau tunggu pesakit lain discaj.. ni datang nya petang nak ke malam... mana ada pesakit discaj... so kalau dah dipelawa dok kat katil 3rd class tak nak... alamatnya kena dok kat kerusi le dulu... sampai bila... tak pasti le...so patutnya tak boleh marahkan... sebab itu pilihan sendiri...jangan le cakap yang boleh menyakitkan hati si nurse ni..sebab dia pun manusia...walau tahap kesabarannya tinggi tapi boleh melepaskan amarahnya juga jika dah hilang kesabarannya...jangan le kata saya sakit ni... kenapa tak boleh masuk 1st class...macam le sakit bersalin boleh dibezakan hanya dengan class... kat manapun kita berada sakit itu tetap samakan...sakit hanya akan hilang setelah bersalin...( jika bersalin secara biasa le...)
    satu lagi... kenapa ye guru ni jarang nak terima nasihat atau tunjuk ajar nurse...? mungkin sebab dah biasa mengajar..bukan di ajar kot...so siapa nurse untuk memberi nasihat atau nak mengajar guru...? gah betulkan... atau b.... sombong...pernah terdengar tak kalau gi hospital doktor atau nurse cakap sesama sendiri... kerja apa... oooo!!! patut pun.. atau patut le...cerewet kita ni bukan saja menyusah kan orang lain tapi kita pun akan susah... berapa % yang akan mendoakan kita jika kita hidup menyusahkan..Kadang-kadang kita lupa... peranan bahasa badan dan mimik muka selalu menunjukkan apa yang kita rasa...
    Pada sang guru yang tidak berkelakuan sedemikian di atas... jangan kecil hati... adat manusia... yang baik dipuji... yang jahat di sebut berkali-kali...pada yang bersikap terpuji... syabas.. andalah pendidik berjaya...contoh untuk anak bangsa...

    ReplyDelete
  45. T.kasih kpd semua yg mberi komen.
    Utk mkluman, saya (penulis artikel ini) bukanlah seorang jururawat, bkn juga seorg guru. Saya cuma seorg rakan kpd para jururawat & guru, yg prihatin ttg keadaan sekeliling. Tujuan menulis sekadar meluahkn pndangan ikhlas & bg menyedarkn pihak2 tertentu sekiranya mrk mbaca.
    Akhirnya, siapa mkn cili dia rasa pedas. Kalau kita x spt yg dikata, kenapa kita perlu terasa? Wallahua'alam.

    ReplyDelete
  46. Alah... cikgu memang mengada2 pun.. adik ipar den 2 org cikgu.. adik den sendiri cikgu.. income kira ok la, tapi nak nyalahkan kerajaan je.. anak2 murid tak pandai salahkan kerajaan.. gaji dan gred naik pun masih nak salahkan kerjaan.. tak pernah rasa cukup nak berterimakasih pada pihak yang bantu puak dia..

    ReplyDelete
  47. sy seorg jururawat...bangga blh bantu masyarakat tp kdg2 kt ttp disalahkan wlpun kdg kala apa yg kt nasihatkan betul....ada berterima kasih pd kami?ada ....tp x rmai...nak tau knp nurse jg garang kdg kala krn pesakit jgk.....gelagat mereka yg memdidik kami menjadi tegas....

    ReplyDelete
  48. Wah3...kalu pasal jururawat ada byk cikgu nak komen tp pasal artikel sblm ni guru mkn gaji buta dak de plak dorg berani komen... dunia2... manusis2...

    ReplyDelete
  49. saya jururawat hosp govment...mmg x dinafikan kami berkorban keje syif siang dan paling berkorban keje malam...tp kami xdihargai...dicaci lagi oleh org atasan dan pesakit ..walaupun telah mengorbankn masa lebih byk dgn keje..orang awam xsedar pon ad hari jururawat..sedih sangat..bile kami sakit dan xsihat pon..paling sedih ble akan ade suara sumbang mengatkn .."eh..nurse pon xsihat ke"..hatta kami pon manusia biasa..

    ReplyDelete
  50. ibu bapa meninggal pun belum tentu boleh balik ziarah...
    kerja bagaikan nk gila...
    balik tak tentu masa...
    penyakit berjangkit sentiasa ada...
    ketua mcm org gila...
    ramai anak pelbagai pangkat yg ada...
    misi jugak di suruh jaga...
    jadual kerja sampai cuti pun tak ada...
    raya tak dapat cuti suami tumbuk pun ada...
    doktor main jarum cucuk-cucuk bengkak merata....
    ragam pesakit mengada-ngada...

    ReplyDelete
  51. Saye seorang pelajar ,, sepanjang persekolahan saye cikgu yg mgajar saye bnya yg mkan gaji ute .. Buat keje sndri la , Bagi nota tanpa mengajar , Kdg-2 smpai tak ngajar lngsung ... tpi gaji nak ...

    ReplyDelete
  52. yes...setuju.terbaek pny keja nurses..walau susah mcmner sekalipn ttp nurses wat keja x kira masa...keja ckgu..pnye le bnyk relax..ade gak kwn ne sorng ckgu..mengajr plk d pedalaman..de la dpt elaun hdp susah beribu...lain gji..lain plk sllu ambi cuti..n sllu je escept mengajar...mkn gji buta aoe ke benda ckgu ne...tiap hujung mgu ri jumaat pgi da blk kg tmpt isteri dia...suka hti nl blk mengajar bila...x plk ambi tindkn...cian btl la anak2 kg x dpt pendidikn ygsewajarnyer..kalo warga nurses wat mcm tu.....x tau la nk jdi apeee????...da la keja nurse ssh nk dot cuti..anak2 dtnglkn setiap shift..krja plk 7jm sehari tiap shift..lain lgi shift mlm.. 10jm...mmh susah n bnyk pengorbanan keja sbg nurses

    ReplyDelete
  53. Pada pandangan saya samada kerja sebagi jururawat atau cikgu adalah sama penting dan sama mulianya pekrjaan mereka.Sebagai seorang guru mereka akan berusaha mendidik anak2 segenap lapisan masyarakat.Jururawat pula merawat semua pesakit tanpa mengira bangsa dan keturunan, darjat dan latarbelakang.Sepatutanya soal kelebihan2 atau siapa yang lebih diagung-agungkan tidak lah perlu kita timbulkan... in sha Allah jika nawaitu kita sewaktu bekerja betul Allh bagi pahala berlipat kali ganda.Saya juga seorang jururawat dan saya ada abng ,kakak dan ipar bekerja sebagi guru...Ingatlah apa yang kita tulis dan paprkan di skrin ini mencerminkan peribadi kita...sekiann

    ReplyDelete
  54. Cerita pasal guru dan nurse ni adalah realiti... tanggungjawab kita war2 kan perkara yg salah agar diperbetulkan.. khusus pada guru.. agar anak bangsa terarah ke jalan sepatutnya.

    ReplyDelete
  55. aku tgk kt blog ni, artikel jururawat ni no. 1! artikel pasal cikgu cuma no.5.
    nyata sudah patut jururawat yg digelar lilin..kwang/~kwang/~kwang/~

    ReplyDelete
  56. x perlu gduh2,nk merungut atau ape2 ckp x dihargai atau x,yang penting laksanakan amanah,sebab x kira la ckigu atau jururawat semua tu adalah pilihan sendiri.semua kerja ada cabaran.kALAU DI HOSPITAL,MEMANG YANG SELALU mendapat perhatian ialah doktor dan jururawat,jadi tiada istilah x dihargai atau tidak.Anggota kesihatan bersekutu yang lain juga ada cabaran.dan selalu orang x nampak peranan mereka.Tapi x kisah sebab yang penting jalan amanah kerja yang telah kita pilih

    ReplyDelete
  57. assalamualaikum....sebagai seorang guru, saya nak tahu kenapa saudari tidak puas hati dengan guru????sebelum saudari jadi nurse siapa yg mngajar dan mendidik saudari????adakah nurse????tidak kan...msti saudari pun hormati guru saudari rasanya......

    dalam sesuatu pekerjaaan atau amalan,rsanya kita tidaklah perlu mghrapkan penghargaan daripada manusia sebaliknya biarlah Allah S.W.T yg menilai diri kita....itu habuan masing2...biarlah kita bekerja dengan ikhlas wahai saudari..... kalau nak dibandingkan dengan pghargaan, yg memberikan pghargaan kpada kami hnyalah anak didik yg kami syangi sahaja.....takde pon kami dapat gaji lebih...

    jgn menilai kesusahan atau skop pekerjaan org sekiranya saudari bukan berada dalam situasi sebenar dan buat pengetahuan saudari kami juga merupakan siswazah....

    peranan kami sgtlah penting kepada masyarakat kerana kami yg akan mencorak dan mendidik generasi baharu untuk menjadi Doktor, NURSE, Pilot dan sbgnya....saya tidak menafikan bahawa peranan nurse juga sgt penting...tugas kita sama2 penting kpd negara wahai saudariiiiiii........setiap individu memainkan peranan masing2...Oleh itu buanglah sifat hasad dengki itu.....kami tidak mngibaratkan diri kami sebagai 'LILIN'..jika saudari inginkan gelaran itu maka ambillah...kami hanya inginkan keredhaan drp Allah dan doa daripada anak2 didik kami..sekian.....

    ReplyDelete
  58. assalamualaikum....untuk pengetahuan saudari, saya adalah seorang "CIKGU"....
    saya cuma nak ucapkan tahniah kepada semua guru dan jururawat kerana banyak menyumbangkan jasa kepada masyrakat dan negara....

    cuma saya xsuka dengan cik /or puan murai yg suka melagakan org...tolong hormati kerja seseoarng terutamanya guru.....cik murai ni pun bukannya cikgu or jururawat...so, cik murai xde hak untuk mempertikaikan hal ini...cik murai lakukan tugas cik murai sendiri dan bukannya menjadi "BATU API" dan MELAGA-LAGAKAN ORANG"....

    kepada yg memberi komen, jgn terlalu emo....
    kalau nak kata ada ckgu yg xjalankan tugas dengan sebaiknya, begitu juga dengan jururawat...layan patient xikhlas.....tapi xsemua dan sama juga dengan cikgu....yg penting diri kita bukannya profession kita...UNTUK PERHATIAN JURURAWAT DAN GURU TIADA YG BEZA PON ANTARA KITA......

    ReplyDelete
  59. saya engineer.SAYA SANGAT BERSETUJU DENGAN PENDAPAT CIKGU2 DI ATAS."SAYA SAYANG CIKGU2 SAYA"..Hidup cikgu!

    ReplyDelete
  60. nurse je yg kne cantik???erkkk,pleaseeeee lahhh............

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello..i'm a model..nak menyampuk sikit.realiti nye..memang pun, ramai nurse yg cantik,cute...kerana mereka mudah memberikan senyuman...apa pun, harap komen2 ni dapat membuka mata pihak atasan.supaya nurse2 ni, diberi perhatian yg sewajarnya setimpal dengan pengorbanan mereka...

      Delete
    2. Model back-up nmpk..hehe..xpa la,maybe muka cikgu xlawa mana berbanding muka jururawat. Tp cikgu ttp dihargai oleh murid2 kn cikgu2 sekalian..eh,ada hari model x?cm xde je....untung la,nurse lg best dr model..hahaha

      Delete